Labur RM222,600 Demi Miliki Rupa Makhluk Asing

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

CALIFORNIA: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$50,000 (RM222,600) semata-mata mahu memiliki rupa seperti makhluk asing.

Vinny Ohh, seorang jurumekap dari Los Angeles, California telah lebih 110 pembedahan plastik bagi memenuhi impiannya yang pelik itu.

Ohh mendakwa dia mahu kelihatan seperti makhluk asing agar tidak wujud perbezaan antara jantina lelaki dan perempuan selain mahu mendalami dirinya.

Dia memulakan projek luar biasa itu pada usia 17 tahun dengan mengubah bentuk bibir disusuli dengan dua pembedahan di bahagian hidung, pipi dan kening.

Sejak itu dia menjalani lebih banyak pembedahan dan kini merancang mahu melaksanan prosedur yang lebih mahal dengan melibatkan kos AS$160,000 RM712,320 untuk membuang bahagian kemaluan, dada, pusat perut dan menukar struktur dahinya.

Bagi memperlihatkan kesungguhannya menjadi makhluk asing, Ohh sering memakai kanta lekap hitam bersaiz besar, berkuku panjang dan mewarnai rambut dengan warna pelik.

Dia juga mencukur semua bulu kening supaya kelihatan lebih nyata seperti makhluk asing.

"Saya mahu menjadi makhluk asing berjantinakan hybrid iaitu bukan lelaki atau wanita," kata lelaki berusia 22 tahun itu menurut laporan portal Oddity Central.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan