Kebuluran, Penyakit Ragut 110 Nyawa Di Somalia

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 11:22 AM

GAMBAR fail bertarikh 25 Februari 2017 menunjukkan dua bayi mendapatkan rawatan selepas kekurangan zat akibat krisi kebuluran yang melanda Somalia. - AP

(Ubah saiz teks)

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 110 penduduk Somalia meninggal dunia dalam tempoh 48 jam ekoran krisis kebuluran dan penyakit yang semakin meruncing di wilayah Bay.

Perdana Menteri Hassan Ali Khaire mengumumkan angka kematian tersebut pada Sabtu selepas kerajaan Somalia pada minggu lalu memberi amaran tentang cuaca kemarau yang semakin buruk dianggap sebagai bencana negara.

"Sukar buat rakyat dan haiwan ternakan mereka menempuh krisis ini.

"Sejumlah mangsa yang meninggal dunia disebabkan kebuluran dan dijangkit penyakit pada masa yang sama.

"Dalam tempoh 48 jam, seramai 110 orang dilaporkan maut akibat dua ancaman tersebut," katanya.

Hassan Ali turut memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa pihak kerajaan akan melakukan yang beriak bagi menyelamatkan penduduk yang terjejas.

Sementara itu, ketua misi kemanusiaan wilayah itu, Abdullahi Omar Roble, kebanyakan mangsa merupakan golongan kanak-kanak dan warga emas yang tinggal di kawasan perkampungan sekitar pekan Baido.

Jelasnya, pihak hospital tidak memiliki bekalan ubatan yang mencukupi untuk merawat mangsa.

"Kemarau menyebabkan beberapa penyakit termasuk ciri-birit berlaku dalam kalangan penduduk kerana mereka tidak mendapat bekalan air bersih.

"Kira-kira 5.5 juta penduduk di wilayah ini berdepan risiko yang sama jika krisis ini tidak ditangani segera," katanya.


Tags / Kata Kunci: Somalia , Kebuluran

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan