Lelaki Thailand 'Rogol' Lembu Dicekup

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand masih mampu ketawa ketika dibawa dalam keadaan berbogel oleh pihak polis selepas dicekup melakukan hubungan seks dengan seekor lembu.

Kejadian memalukan itu berlaku di wilayah Lampang pada Sabtu apabila penduduk kampung melihat perbuatan jelik lelaki berusia 40 tahun itu pada mulanya mencium lembu terbabit sebelum melakukan perbuatan seks dengan haiwan ternakan tersebut.

Mereka mengejar lelaki berkenaan yang melarikan diri dalam keadaan berbogel dan bersembunyi dalam sebuah tandas di kawasan ladang berhampiran.

Penduduk yang berang tidak dapat memasuki tandas tersebut dan menghubungi pihak berkuasa untuk mencekup lelaki itu.


Polis yang tiba 30 minit kemudian berjaya membawa lelaki itu keluar dan suspek hanya ketawa ketika dibawa ke trak polis.

Penduduk tempatan juga memberikan lelaki berkenaan sehelai seluar kepadanya untuk dipakai.

Suspek yang enggan dikenali, mengakui dia terdesak untuk memuaskan nafsu yang membuak-buak apabila melihat haiwan tersebut dan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu dengan lembu.

Pemilik lembu berkenaan, Tong Kai Charoonprasitporn, 65, berkata, dia terkejut apabila melihat lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan haiwan ternakan miliknya.

"Jika kami tidak menangkap dia, mungkin lembu lain akan menjadi mangsa.

"Sedih apabila memikirkan bahawa haiwan tersebut menjadi mangsa seorang lelaki yang bernafsu buas," katanya.

Siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan memiliki masalah mental dan kini ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Tags / Kata Kunci: Lelaki Rogol Lembu , Thailand

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan