Interpol Rampas Dagangan Haram Hidupan Liar Cecah RM22.7 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

OPERASI Interpol selama tiga minggu untuk membanteras kegiatan dagangan hidupan liar dan pembalakan secara haram di 43 negara membawa kepada rampasan mencecah AS$5.1 juta (RM22.7 juta).

Operasi yang dikenali sebagai Thunderbird itu dijalankan dengan kerjasama polis, kastam dan agensi sempadan selain pihak alam sekitar, perhilitan dan perhutanan menjelang sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia pada Jumaat.

Hasilnya menunjukkannya adanya peningkatan kegiatan penyeludupan hidupan liar yang membawa pulangan yang tinggi nilainya.

Setiausaha Agung Interpol, Jurgen Stock berkata, kegiatan jenayan telah menggunakan sumber alam sekitar yang tinggi nilainya untuk mengaut keuntungan.

Katanya, operasi besar-besaran itu membuktikan hasil kerjasama di peringkat antarabangsa mampu membanteras kegiatan haram itu.

Operasi bermula 30 Januari hingga 19 Februari itu membuka 170 kertas siasatan dan 89 individu dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Menurut Interpol, rampasan termasuk 60 tan balak, 4,770 burung; 1,240 reptilia; 100 kucing liar; 2.75 ton tenggiling; 2.5 tan gading; 25 ton bahagian haiwan dan 37,130 lagi melibatkan pelbagai produk termasuk ubat dan minyak. 

Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas 180 kuda laut yang telah mati dan disimpan dalam kotak, manakala pegawai di Hong Kong merampas 1.3 tan kayu cendana yang disembunyi dalam kontena yang tiba dari Malaysia.


Tags / Kata Kunci: Interpol , Thunderbird , Jurgen Stock

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan