Kelibat Tikus Paksa British Airways Tangguh Penerbangan Empat jam - Berita Dunia | mStar

Kelibat Tikus Paksa British Airways Tangguh Penerbangan Empat jam

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Hanya kerana seekor tikus, syarikat British Airways terpaksa menangguhkan penerbangan dari London ke Los Angeles selama empat jam.

Ketika kejadian, penumpang yang berada di dalam pesawat sudah memasang tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk pelepasan apabila tiba-tiba anak kapal memaklumkan ternampak kelibat seekor tikus dalam pesawat, menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan penerbangan.

Bagi menenangkan penumpang, anak kapal secara berseloroh berkata tikus tidak boleh memasuki ruang udara Amerika Syarikat tanpa pasport.

Susulan itu, semua penumpang dibawa menaiki pesawat baharu.

Berikutan itu, penerbangan terpaksa ditangguhkan selama empat jam.

Ketika memberitahu stesen KGO-TV setibanya mereka di San Francisco, kebanyakan penumpang meluahkan rasa gembira kerana berada dalam pesawat yang bebas tikus, kerana haiwan itu mampu makan apa sahaja di dalam pesawat.

Sementara itu, syarikat penerbangan British Airways mengemukakan permohonan maaf, dan berpuas hati bahawa hanya 'manusia' berada di dalam pesawat ketika ia berlepas. - AP


Tags / Kata Kunci: British Airways , tikus , London
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan