Rantai Kunci Haiwan Hidup Dijual Di China

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

XIAMEN: Rantai kunci haiwan hidup masih dijual di kedai-kedai tepi jalan di China walaupun beberapa petisyen untuk mengharamkan penjualannya telah dihantar.

Dalam perjalanan ke Xiamen, The Star Online mendapati peniaga di pasar pelancong Zeng Cuo'an masih menjual rantai kunci haiwan hidup ini pada harga 15 hingga 20 yuan (RM9.70-RM12.90).

Anak tuntung, ikan dan cicak salamander telah diletakkan dalam kantung plastik berisi air beroksigen yang dicelup dengan warna-warna terang. Turut dimuatkan adalah sebiji pelet, yang berfungsi sebagai makanan haiwan.

Haiwan tersebut boleh bergerak dalam bungkusan kecil itu tetapi tidak dapat memusingkan badan. Tali yang disambung pada bungkusan itu membolehkan si pembeli menggantungnya pada kunci, beg atau telefon bimbit.


Berdasarkan poster yang dipamerkan, haiwan dalam kantung itu tidak perlu diberi makan selama tiga bulan.

Profesor ekohidrologi Dr Sam Walton bagaimanapun berkata, haiwan itu akan mati bukan sahaja kerana kekurangan oksigen dan makanan.

"Mungkin oksigen dan makanan dalam kantung itu cukup tetapi sisa pencernaan bertoksid menyebabkan pernafasan mereka terganggu. Mereka pada dasarnya meracuni haiwan itu dengan ammonia," kata Dr Walton yang juga bekas pensyarah penyelidikan di Universiti Malaysia Terengganu.

"Haiwan akuatik sangat sensitif kepada turun naik suhu, jadi, berada dalam kantung itu sama seperti berada di rumah hijau. Kejutan suhu dan kejutan fizikal akibat goncangan mungkin akan membunuh binatang itu awal-awal lagi," katanya.


Rantai kunci itu yang dijual sebagai cenderamata telah menarik perhatian mereka yang berkunjung ke pasar tersebut.

Menyifatkannya sebagai kekejaman haiwan, Dr Walton menjelaskan bahawa haiwan itu telah dibawa keluar dari persekitaran dan terpaksa mati tanpa sebab hanya kerana sikap manusia.


"Adalah satu perbuatan yang hina menjadikan makhluk sebagai aksesori fesyen dan mengambil keuntungan daripadanya," kata beliau.

Gambar rantai kunci itu pertama kali menjadi kontroversi apabila ia tersebar pada tahun 2011 di mana ia mengecewakan aktiviti hak asasi haiwan.

Mereka kemudiannya memulakan beberapa petisyen dalam talian menyeru kerajaan China mengharamkan penjualan rantai kunci haiwan hidup itu.

Menurut laporan South China Morning Post  pada 2016, draf undang-undang perlindungan haiwan komprehensif pertama di negara ini diperkenalkan pada September 2009, tetapi tidak menunjukkan perkembangan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan