Lelaki Palsukan Keputusan HIV Untuk Dapat Pas Kerja

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 4:41 PM

Farrera-Brochez melakukan pelbagai kesalahan sejak lapan tahun lalu, termasuk menipu dan memiliki dadah. Foto ST

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang lelaki menyamar sebagai seorang profesor bagi psikologi kanak-kanak dan menipu pihak berkuasa mengenai status HIV bagi mendapatkan pekerjaan di politeknik di Singapura.

Malah dia yang disahkan positif HIV menggunakan darah teman lelakinya bagi menjalani ujian bagi penyakit itu supaya keputusannya adalah negatif.

Warga Amerika, Mikhy k. Farrera-Brochez, 32, melakukan pelbagai kesalahan sejak lapan tahun lalu termasuk menipu, memiliki dadah dan menggunakan sijil pendidikan palsu.

Pada Rabu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 28 bulan.

Hukuman dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan. 

Pada 2008, Farrera-Brochez berhijrah ke Singapura selepas menjalinkan hubungan dengan seorang pakar perubatan warga tempatan, Dr Ler Teck Siang, 35.

Dia mengemukakan keputusan ujian negatif HIV kepada Kementerian Tenaga Kerja pada Mac 2008 bagi memohon pas penggajian untuk menetap bersama teman lelakinya.

Kementerian Tenaga Kerja mengeluarkan pas penggajian kepada Farrera-Brochez yang kemudiannya bekerja sebagai pensyarah politeknik.

Dia kemudiannya sekali lagi menipu pihak berkuasa pada 2013 semasa memohon satu pas penggajian.

Dia turut didapati bersalah kerana memiliki dadah jenis ketamin dan campuran ganja pada Mei tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhas Malhotra berkata, Farrera-Brochez mengetahui bahawa warga asing yang positif HIV tidak dibenarkan bekerja di negari itu.

Bagaimanapun, dia bersubahat dengan Dr Ler dengan memalsukan keputusan ujian darah.

Dr Ler yang didakwa membabitkan kes berkenaan masih belum dijatuhi hukuman. - The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan