Korban Kandungan Selepas Selamatkan Anak Perempuan Kemalangan - Berita Dunia | mStar

Korban Kandungan Selepas Selamatkan Anak Perempuan Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 3:35 PM

-foto dayoo.com

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang wanita hamil cedera parah tetapi anak perempuannya terselamat selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori simen di tenggara China, lapor sebuah akhbar.

Kemalangan berlaku di Jiaxing, wilayah Zhejiang pada Isnin, Qianjiang Evening News melaporkan.

Dalam kejadian itu, wanita berkenaan bersama anak perempuannya telah terseret di bawah tayar lori, menurut artikel itu.

Bagaimanapun si ibu berjaya menarik dan meletakkan anaknya itu di bawah badannya bagi mengelakkan kecederaan, tetapi dia cedera parah dan kaki kanannya perlu dipotong.

Wanita itu, yang mengandung lima bulan juga perlu menggugurkan kandungannya kerana rawatan kecederaannya bakal membahayakan anak dalam kandungan, menurut laporan itu.

Suaminya, yang menunggang motosikal mengalami kecederaan ringan.

Pasangan itu adalah pekerja asing dari wilayah Yunnan dan lelaki itu dipetik sebagai berkata bahawa dia bimbang tentang bil hospital.

Polis berkata kedua-dua pemandu, motosikal dan lori masing-masing bersalah dalam kemalangan itu. -South China Morning Post
Tags / Kata Kunci: wanita hamil , kemalangan China
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan