Penumpang Uber Dicaj RM2,577 Gara-Gara Silap Alamat

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 8:34 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang menempah perkhidmatan Uber dengan caj £20 (RM110.38) dari Brixton ke Croydon di London terpaksa membayar £467 (RM2,577.24) gara-gara tersilap memasukkan alamat destinasi dalam aplikasi mudah alih itu.

Akibat kesilapan itu, Aaron Wray terpaksa menaiki uber selama lima jam dan 20 minit bagi perjalanan sejauh 386 kilometer ke Bristol.

Tempoh perjalanan Wray sebenarnya hanya mengambil masa setengah jam jika memandu sejauh kira-kira 13 kilometer di antara dua destinasi di selatan London.

Menurut seorang jurucakap Uber, Wray tersilap memasukkan alamat di Bristol sebagai destinasi dan bukannya Croydon di London.

Wray hanya menyedari kesilapan itu sebaik sahaja tiba di Bristol kerana tidur di sepanjang perjalanan.

Bagaimanapun, pemandu Uber terbabit menawarkan Wray untuk membawanya kembali ke London. - Mail Online

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan