Bandung Diserang Pengganas - Berita Dunia | mStar

Bandung Diserang Pengganas

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

BANDUNG: Dua pengganas termasuk seorang wanita meledakkan bom buatan sendiri di kawasan berhampiran sebuah sekolah di sini, awal pagi Isnin.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian letupan itu.

Seorang daripada pengganas yang juga wanita kemudiannya berlari ke arah pejabat kerajaan berhampiran sebelum dikepung pasukan keselamatan.

Jurucakap Polis Jawa Barat, Yusri Yunus berkata, pihaknya kini sedang mengawal situasi di pejabat kerajaan terbabit.

"Kami terima maklumat orang ramai mengenai adanya letupan bom di bangunan ini," katanya.

Sebaik tiba, polis melihat seorang lelaki yang dipercayai pengganas telah melemparkan bahan letupan kecil ke arah polis.

Lelaki berkenaan ditembak pasukan polis dan suspek kini dalam keadaan kritikal di hospital di sini.

Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu masih berterusan hingga tengah hari.


Pengganas wanita masih berada di bangunan kerajaan berkenaan dan berbalas tembakan dengan pasukan polis yang mengepung lokasi itu.

Siasatan mendapati, tiada tebusan dalam kejadian itu dan pekerja di pejabat kerajaan itu telah bergegas lari menyelamatkan diri.


Tags / Kata Kunci: Bandung , pengganas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan