Pegawai Kementerian Korea Utara Rancang Pembunuhan Jong-nam Di Malaysia: Korea Selatan

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 10:48 PM

Kim Jong-nam.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Pasukan risikan Korea Selatan percaya suspek yang dikehendaki kerana membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam terdiri daripada beberapa pegawai di kementerian luar dan keselamatan negara itu.

Jong-nam maut selepas disembur cecair beracun dipercayai Agen VX oleh dua wanita semasa berada di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu.

Agen VX diklasifikasikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pemusnah besar-besaran.

Korea Selatan amat sensitif terhadap perkembangan terbaharu kes pembunuhan Jong-nam yang dipercayai melibatkan negara jirannya, Korea Utara.

Korea Utara pula tidak mengaku mayat mangsa sebagai Jong-nam.

Namun Korea Selatan percaya Jong-nam yang mengkritik secara terbuka dasar kepimpinan keluarganya dibunuh oleh ejen perisik Korea Utara.

"Antara lapan suspek dalam kes ini empat merupakan kakitangan di kementerian keselamatan negara itu manakala dua lagi dari kementerian luar," kata Lee Cheol-woo, salah seorang Ahli Parlimen yang mendengar taklimat daripada pasukan risikan Korea Selatan kepada pemberita.






Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Korea Utara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan