Nokia Lancar Semula Model Ikonik 3310

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 10:42 AM

Arto Nummela bersama model terkini yang dilancarkan termasuk Nokia 3310 pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di Barcelona.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Jenama telefon bimbit Nokia melancarkan tiga telefon pintar Android terbaharu  dan memperkenalkan versi terkini model ikonik 3310 selepas lebih 10 tahun pengeluarannya dihentikan.

Tidak seperti produk original, versi baharu ini membolehkan pengguna melayari laman web.

Ia juga mengekalkan permainan "Snake" yang popular ketika Nokia 3310 diperkenalkan dahulu dan nada bunyi yang tersendiri, kata  Ketua Pegawai Eksekutif HMD Global, Arto Nummela yang akan mengeluarkan telefon hasil perjanjian dengan Nokia.

Dilancarkan pada 2000, jualan Nokia 3310 mencecah hampir 120 juta unit di seluruh dunia sebelum ia dihentikan pada 2005, menjadikan ia salah satu daripada telefon bimbit terlaris di dunia.

Penganalisa berkata,  langkah HMD Global mempopularkan semula model berkenaan dianggap bijak  dalam usaha untuk melancarkan semula jenama Nokia.

"HMD melancarkan tiga telefon pintar dan telefon ikonik. Ia salah satu cara untuk mewujudkan semula kesan jenama Nokia di antara model lain yang sedia ada ," kata penganalisis telefon bimbit di Forrester, Thomas Husson.

Sebagai tambahan kepada model baharu 3310, HMD memperkenalkan tiga telefon pintar baharu iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 yang akan dijual pada harga berbeza.

Ketika ini, Nokia 6 telah memasuki pasaran China dan akan ke peringkat global tidak lama lagi.

"Nokia akan menguasai lima peratus daripada pasaran telefon pintar global menjelang akhir 2019, bagaimanapun  usaha perlu dilakukan untuk memastikan ia menjadi kenyataan," kata pakar alat peranti dan ketua penyelidik Insigh, Ben Wood.

Nokia adalah pengeluar telefon terbesar dunia antara 1998 dan 2011 sebelum dipintas pesaingnya dari Korea Selatan, Samsung.

Bagaimanapun, jenama telefonnya kekal diiktiraf dunia, terutama dalam pasaran membangun.

Kini, sebagai pengeluar peralatan telekomunikasi terkemuka, Nokia telah menjual perniagaan telefonnya kepada Microsoft Corp pada 2014.

Tahun lalu, HMD membeli perniagaan Microsoft Mobile dan hak menggunakan jenama Nokia.

Menerusi perjanjiannya, Nokia akan memperoleh royalti daripada penjualan HMD untuk setiap telefon bimbit dan tablet jenama Nokia. -- AFP

Tags / Kata Kunci: Nokia 3310 , HMD

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan