Tiga Maut, 19 Hilang Akibat Banjir Lumpur Di Chile

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 1:30 PM

Banjir lumpur limpahan Sungai Esteri San Jose di San Alfonso, Santiago memenuhi sebahagian besar ruang kediaman penduduk Chile.

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO: Hujan lebat sepanjang minggu lalu yang mengakibatkan berlaku banjir lumpur meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa, manakala 19 lagi hilang di Chile.

Perkhidmatan kecemasan Onemi berkata, hujan lebat menyebabkan sungai melimpah di lembah gunung berhampiran ibu negara Chile itu, menyebabkan 373 penduduk terkandas.

Bekalan air minum bagi lebih satu juta isi rumah di ibu kota ini turut terjejas, manakala syarikat penyedia perkhidmatan itu, Aguas Andinas, berkata hujan menyukarkan kerja baik pulih. 

"Pasukan kecemasan berada di lokasi kejadian untuk cuba berhubung dengan penduduk yang terperangkap dan memulihkan semula bekalan air secepat mungkin," kata Presiden Chile, Michelle Bachelet di Twitter.

Ia adalah banjir besar kedua melanda tengah Chile dalam tempoh dua tahun lalu. 

April tahun lalu, hujan lebat melanda Lembah San Jose de Maipo menyebabkan seorang penduduk terbunuh dan menutup operasi beberapa lombong tembaga terbesar di dunia. - Reuters





Tags / Kata Kunci: Chile , Onemi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan