Filipina Kutuk Perbuatan Penggal Kepala Warga Jerman

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina mengutuk tindakan memenggal kepala tebusan warga Jerman oleh kumpulan Abu Sayaf yang memuat naik video pembunuhan kejam itu selepas tarikh pembayaran wang tebusan $600,000 (483,247.42 pound) telah berakhir.

Video itu menyaksikan Jurgen Kantner dipenggal oleh militan bersenjatakan parang.

Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian, Jesus Dureza berkata pihak berkuasa telah berusaha keras untuk membebaskan Kantner yang dipercayai ditahan di kepulauan Jolo tetapi rundingan menemui jalan buntu.

"Kami bersedih dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu terhadap seorang lagi mangsa culik.

"...  keganasan tiada tempat di negara kami. Insiden pembunuhan insan tidak bersalah ini perlu dihentikan," kata Dureza dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nilai wang tebusan yang diminta.

Kantner dan sahabatnya diculik pada November ketika sedang berlayar di Sabah sebelum dilarikan ke kepulauan Jolo.

Rakannya ditembak mati ketika cuba melawan kumpulan militan itu.

Pada tahun lalu, kumpulan Abu Sayyaf telah memenggal kepala dua rakyat Kanada di kepulauan Jolo tetapi dua sahabat mereka iaitu warga Filipina dan Norway telah dibebaskan.

Tags / Kata Kunci: penggal kepala , Jerman

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan