Lelaki Hadapi Masalah Nafsu Seks Minta Doktor Buang Kemaluan

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2017 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang lelaki di China membuat permintaan yang pelik pada pihak hospital bagi mengatasi masalah nafsu seksnya yang kuat.

Lelaki berusia 40-an yang tidak dinamakan itu, meminta doktor untuk membuang buah kemaluannya kerana dia mengakui tidak boleh mengawal nafsunya.

Menurut laporan portal MailOnline, lelaki itu pergi ke Hospital Changsha Sunshie dan meminta bantuan Dr Wu Yin dari unit kesuburan.

Dia mendakwa pernah mengikuti kursus dalam talian yang dianjurkan oleh Dr Wu dan mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pakar tersebut.

Dr Wu berkata, lelaki itu memasuki kelasnya dan memberitahu tentang masalah yang dihadapinya.

"Saya menyerahkan kes itu kepada Dr Wang Xiang daru unit andrologi yang melibatkan masalah berkaitan lelaki," katanya.

Bagaimanapun doktor menasihati lelaki itu agar tidak melakukan pembedahan tersebut kerana ia boleh merosakkan masa depannya.

Namun dia tetap berdegil mahu membuang buah kemaluannya, sekali gus memaksa pihak hospital menghubungi polis.

Lelaki itu bagaimanapun menghilangkan diri sebelum polis tiba.

Tags / Kata Kunci: Nafsu Seks

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan