Ibu Cekup Anak Ratah Mayat Budak

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 11:48 AM

Suspek kes culik dan bunuh, Nazim Miyan. - Ihsan Mirror

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang ibu di India tidak menyangka anak lelakinya merupakan seorang kanibal atau pemakan daging manusia apabila mencekup anaknya itu yang sedang meratah seorang budak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurut portal Mirror, suspek, Nazim Miyan yang berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai mengumpan mangsa, Mohammad Monis untuk memasuki rumahnya ketika budak tersebut sedang bermain bersama rakannya di luar.

Miyan juga dituduh membunuh budak tersebut dengan memenggal kepalanya sebelum merobek dan meratah perut mangsa.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tubuh mangsa terlentang di atas lantai bilik suspek.

Mayat mangsa dibalut dengan kain.

Miyan berada di tepi mayat mangsa ketika ditahan dan menyerah diri tanpa melawan.

Namun selepas ditahan, beratus-ratus penduduk berkumpul di luar balai polis di Amariya dekat negeri Uttar Pradesh, utara India.

Mereka cuba menyerang Miyan dan mahu suspek dibunuh atas jenayah yang dilakukannya.

Ketika disoal siasat, Miyan memberi maklum balas yang sukar difahami dan polis percaya suspek mengalami masalah mental.

Dia kini didakwa atas tuduhan membunuh dan menculik.

Tags / Kata Kunci: Nazim Miyan , Kanibal , Uttar Pradesh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan