Hotel Nanchang Terbakar: Tiga Mangsa Terbunuh

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

BEIJING: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan berpuluh-puluh mangsa lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di China pada Sabtu.

Kebakaran itu berlaku di bangunan bertingkat di Nanchang, ibu wilayah Jiangxi dan kira-kira 14 mangsa turut dilaporkan cedera.

Rakaman detik-detik mencemaskan insiden itu menunjukkan asap tebal menyelubungi hotel tersebut dari beberapa tingkat dan bumbung bangunan tersebut.

Jumlah mangsa yang terperangkap masih belum diketahui tetapi lebih 10 pekerja pembinaan berada di tingkat dua ketika kebakaran itu berlaku.

Seorang lelaki dilaporkan melompat keluar dari tingkap tingkat dua bangunan berkenaan dan mengalami kecederaan.

Hotel empat tingkat itu bersambung dengan pangsapuri setinggi 24 tingkat dan jumlah penduduk di bangunan tersebut tidak dapat dipastikan.

Sebanyak 10 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran yang masih belum diketahui puncanya.

Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Hotel Nanchang

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan