Kongsi Lebih Imej Di Instagram

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS melalui beberapa ujian, pengguna aplikasi perkongsian bertemakan foto dan video milik Facebook kini boleh memuat naik beberapa imej serentak bagi setiap posting.

Ciri baharu itu membolehkan pengguna Instagram memuat naik sehingga 10 imej atau video serentak.

Selepas dimuat naik, semua imej dan video itu berupaya bergerak mengikut turutan dengan sendiri.

Ciri berkenaan kini boleh dinikmati oleh lebih 600 juta pengguna aktif harian Instagram yang mahu berkongsi lebih daripada satu foto atau visual dengan satu kapsyen.

Bagi yang ingin berkongsi pelbagai foto dan video dalam satu posting, anda hanya perlu memuat turun versi terbaru aplikasi Instagram iaitu versi 10.9. - AFP RELAXNEWS

Tags / Kata Kunci: Instagram

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan