Lelaki Mexico Dakwa Temui Bangkai Tikus Dalam Botol Diet Coke

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Seorang lelaki di Mexico mendakwa menemukan bangkai tikus dalam sebuah botol Diet Coke walaupun ramai pihak meragui kesahihan insiden itu.

Lelaki berkenaan, Eric Dixon menyiarkan video secara langsung dalam laman sosial Facebook tentang penemuan menggelikan itu, sekali gus menarik perhatian 5.7 juta penonton.

Eric dari San Pedro Garza Garcia, mendakwa, dia mengambil keputusan untuk berbuat demikian selepas mengesan sesuatu yang pelik dalam botol minuman tersebut.

Dia memberitahu penonton: "Saya menemukan benda pelik pada bahagian atas botol dan mahu merekod video ketika membuang air minuman ini."

Dalam rakaman itu, Eric menggunakan pisau besar untuk membuka penutup botol yang tertera tulisan Coca-Cola Light.

Kemudiaan kelihatan objek berbulu di bahagian atas botol dan benda itu merupakan bangkai tikus.

"Bangkai tikus ini berada dalam minuman Coke saya.

"Jadi jika ingin meminum Coke, periksa dahulu," katanya.

Syarikat Coca-Cola tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu walaupun ramai pihak menyuarakan kesangsian terhadap video Eric.

Mereka mempertikaikan tiada gas yang keluar ketika Eric membuka botol tersebut.

Namun masih ada penonton yang percaya kejadian itu benar dan menyifatkan penemuan Eric sebagai menjijikkan.

Tags / Kata Kunci: Diet Coke , Coca-Cola , Eric Dixon

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan