Korea Utara Keluarkan Kenyataan Pertama, Salahkan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Korea Utara menuduh Malaysia sebagai tidak mesra dan berada dalam senario yang didalangi Korea Selatan apabila mendakwa agen Pyongyang telah membunuh abang tiri pemimpin tertinggi negara berkenaan.

Menurut Agensi berita Pyongyang, KCNA, Korea Utara pada mulanya diberitahu bahawa terdapat seorang pemegang pasport diplomatik negara berkenaan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Februari lalu di klia2.

KCNA, memetik jurucakap jawatankuasa negeri, berkata, Malaysia telah mengubah laporan dan merumitkan keadaan selepas Korea Selatan mendakwa lelaki itu sebagai Kim Jong-Nam telah diracun sehingga mati.

"Tindakan tidak adil pihak Malaysia berlaku ketika kerajaan Korea Selatan melancarkan konspirasi anti-Pyongyang yang mengundang perhatian serius Korea Utara," katanya.

Bagaimanapun dalam kenyataan rasmi pertama dari Korea Utara itu tidak menyebut bahawa individu yang terbunuh sebagai abang tiri Kim Jong-Un.

Kenyataan berkenaan hanya mendakwa Jong-Nam yang memegang pasport Kim Chol sebagai individu warga negara Korea Utara. - Reuters

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan