Trump Bakal Perkenal Peraturan Baharu Tandas Pelajar LGBT

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 9:52 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Peraturan baharu berkaitan penggunaan tandas sekolah di kalangan pelajar transgender pula dijangka diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sebelum ini, kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) serta ibu bapa menggesa Trump mengekalkan peraturan ditetapkan era bekas Presiden Barack Obama iaitu membenarkan pelajar menggunakan tandas sekolah yang sepadan dengan identiti jantina mereka, bukan jantina ketika lahir. 

Jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer bagaimanapun tidak memberi sebarang butiran berhubung peraturan baharu itu yang disediakan Jabatan Kehakiman.

Menurutnya, Presiden AS berpendapat isu itu perlu diputuskan negeri, bukan kerajaan persekutuan. 

"Saya fikir anda perlu melihat apa pandangan Presiden sekian lama, ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dicampuri kerajaan persekutuan, ini adalah isu hak asasi negeri," kata Spicer.

Peraturan dikeluarkan pentadbiran Obama, Mei lalu, memutuskan pelajar transgender boleh menggunakan tandas dan menyertai pasukan olahraga sekolah menurut identiti jantina sepadan dengan mereka.

Sekolah juga diarah melayan pelajar sejajar dengan identiti jantina dipaparkan mereka tanpa memerlukan sebarang bukti perubatan.

Ketika tindakan itu disokong pertubuhan hak asasi manusia, ia dibantah kumpulan konservatif, yang menggelarnya pendekatan keterlaluan persekutuan dan pelanggaran ruang peribadi serta keselamatan semua pelajar lain.

Ogos lalu, seorang hakim persekutuan mengeluarkan satu injunksi di seluruh negara membantah peraturan itu berdasarkan tuntutan daripada 13 negeri. -AP



Tags / Kata Kunci: LGBT , Trump

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan