Thi Houng Takut Tikus, Tak Mungkin Lakukan Pembunuhan - Bapa

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

NGHIA BING: Keluarga wanita Vietnam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tidak percaya Doan Thi Huong dengan sengaja mengambil bahagian dalam kes itu.

Bercakap kepada agensi berita AP di rumahnya di wilayah Nam Dinh, Doan Van Thanh, 63, mengesahkan  Thi Huong adalah anaknya.

Tetapi, dia tetap tidak percaya wanita berusia 28 tahun itu mampu melakukan jenayah sedemikian.

"Bagaimana dia berani membuat sesuatu yang  mengejutkan itu?

"Dia takut tikus, dia takkan berani melakukannya," katanya.

Van Thanh, seorang veteran perang Vietnam yang terputus pergelangan kaki kanan akibat letupan periuk api berkata, polis menemuinya selepas Thi Juong ditahan bagi mengesahkan identiti anaknya, selain menawar bantuan menjaga hak asasi.

Katanya, anak perempuannya meninggalkan kampung itu kira-kira 10 tahun lalu untuk menyambung pelajaran di sekolah farmasi di Hanoi.

Katanya, kali terakhir Thi Huong menemui keluarganya ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada akhir Januari lalu apabila pulang selama lima hari.

Sementara itu, anak saudaranya, Dinh Thi Quyen, 18, percaya Thi Juong diperdaya pihak tertentu, menyebabkan ibu saudaranya mengambil bahagian dalam pembunuhan itu.

"Emak saudara saya seorang yang baik tetapi senang percaya kepada orang lain.

"Saya percaya dia ditipu," katanya.

Thi Quyen berkata, Thi Huong menghubunginya sehari selepas kejadian pembunuhan itu iaitu pada 14 Februari lalu dan memintanya membeli kad prabayar telefon supaya dapat memindahkan nilai kad itu ke kedai di Hanoi sebagai deposit untuk baju yang disukainya.

Thi Quyen berkata, dia membeli kad prabayar itu dan menghantar nombor ke Thi Huong namun tidak pasti jika kedai itu menerimanya.

Katanya, selepas mendapat tahu Thi Huong ditahan di Malaysia, ahli keluarga cuba menghubunginya tetapi gagal.

Setakat ini, Thi Huong, seorang lagi suspek wanita Indonesia dan dua lelaki Korea Utara dan Malaysia ditahan berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un maut selepas dikatakan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Tags / Kata Kunci: Doan Van Thanh , KLIA2 , Jong-nam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan