Trump Lantik Penasihat Keselamatan Negara Baharu - Berita Dunia | mStar

Trump Lantik Penasihat Keselamatan Negara Baharu

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 11:01 AM

Donald Trump bersama Penasihat Keselamatan Negara yang baharu, Leftenan Jeneral H.R. McMaster. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster sebagai Penasihat Keselamatan Negara yang baharu.

Pelantikan yang diumumkan di Palm Beach, Florida itu susulan Michael Flynn meletak jawatan pada minggu lepas.

“Saya mahu mengumumkan, kami telah berusaha keras sepanjang minggu, bahawa Jeneral H.R. McMaster akan menjadi Penasihat Keselamatan Negara.

“Beliau merupakan individu yang berbakat besar dan berpengalaman luas. Saya telah banyak melihat dan membaca sejak dua hari ini. Beliau memangg dipandang tinggi oleh semua orang dalam tentera dan kita rasa bebrbesar hati untuk mendapatkan khidmatnya,” ujar Trump.

Sementara itu, McMaster sangat menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih banyak, Tuan Presiden. Saya ingin menyatakan bahawa peluang bertugas kepada Negara adalah  suatu penghormatan dan saya berterima kasih. Saya akan menyertai pasukan keselamatan Negara dan akan lakukan segala yang termampu untuk melindungi kepentingan warga Amerika,” katanya.

Penyandang jawatan tersebut, Leftenan Jeneral Bersara Keith Kellogg akan meneruskan jawatan sebagai Ketua Turus untuk Majlis Keselamatan Kebangsaan.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , H.R. McMaster
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan