Awas Ketangkasan 'Si Nenek Kung Fu'

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

JANGAN tertipu dengan usia 94 tahun wanita warga emas ini kerana dia mempunyai kemahiran yang akan menjadi 'mimpi ngeri' kepada ahli kumpulan samseng.

Zhang Hexian yang tinggal di wilayah Ninghai yang terletak di Zhejiang, timur China ini telah mengamalkan seni mempertahankan diri ini sejak berusia empat tahun dan telah berusaha menajamkan kemahirannya selama bertahun-tahun sehinggalah dia dikenali sebagai 'Si Nenek Kung Fu'.

Dianggap sebagai 'perkampungan seni mempertahankan diri', hampir semua orang di kampung itu mengamalkan kung fu.

Hexian belajar kung fu dengan ayahnya pada usia empat tahun dan terus mengamalkan sehingga sembilan dekad.

"Pada masa itu bapa saya yang menidurkan saya. Apabila kami bangun pada waktu pagi, kami mula berlatih kung fu di atas katil.

"Saya belajar kemahiran seni mempertahankan diri asas seperti menumbuk dan menggenggam tangan pada usia yang muda," kata Hexian.


Sejak itu, mengamalkan kung fu telah menjadi rutin harian dalam kehidupannya.

Setiap pagi, dia melakukan latihan kung fu tanpa rasa letih. Jelas sekali kesihatannya berada di tahap yang baik.

"Dia bangun awal dan melakukan latihan fizikal setiap pagi. Biasanya dia akan berjalan di sekitar kampung untuk senaman pagi," kata anak lelaki Hexian, Feng Chuanyin.

Hexian mengimbas kembali bagaimana dia pernah melawan seorang kaki buli ketika dia masih muda.

Hexian telah melihat pembuli itu memukul isterinya.

Untuk 'mengajarnya' Hexian menarik kolar dan mengoyakkan bajunya serta memberi amaran kepadanya supaya berkelakuan baik.

Selain memberi perlindungan dan menangkis aktiviti kumpulan samseng, dia juga sentiasa bersedia untuk membantu orang lain, yang merupakan salah satu rahsia dirinya panjang umur.

"Dia sentiasa mempunyai 'mood' yang baik dengan sikap yang positif. Membantu orang lain juga baik untuk kesihatan," kata Feng.
Tags / Kata Kunci: kung fu , nenek kung fu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan