Wanita Tergemuk Dunia Hilang Berat Badan 36 Kilogram

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Wanita tergemuk di dunia, Eman Ahmed Abd El Aty, berjaya menurunkan berat badan kira-kira 31 kilogram dalam tempoh seminggu sebelum menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

Menurut portal Mirror.uk, wanita berusia 36 tahun itu, yang tidak mampu bergerak sejak 25 tahun lalu, diterbangkan dari Mesir ke India pada minggu lalu dengan menaiki pesawat Airbus yang diubahsuai.

Ketika tiba di India, Eman mempunyai berat badan 476 kilogram dan terpaksa diangkut menggunakan kren untuk dimasukkan ke Hospital Saifee di Mumbai.

Sebelum menjalani pembedahan, doktor mengenakan diet yang ketat buat Eman dan wanita itu berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 31 kilogram dalam tempoh singkat.

Doktor meletakkan sasaran untuk mengurangkan berat badan Eman kepada 204 kilogram sebelum menjalankan pembedahan bagi menyelamatkan nyawa wanita tersebut.

Eman yang mengalami penyakit elephanantiasis, masalah kesihatan yang menyebabkan badannya membengkak.

Dia akan menjalani pembedahanan berkaitan masalah obesiti untuk mengecilkan bahagian perutnya.

Pakar bedah, Dr Muffazakl Lakdawala berkata, pasukannya perlu memastikan Eman memiliki fizikal yang sesuai untuk menjalani pembedahan.

"Meja pembedahan boleh menampung berat sehingga 453 kilotram tetapi lebar elevator hanya 141 sentimeter.

"Lebar Eman buat masa ini adalah 151 sentimeter dan jumlah itu perlu dikurangkan lagi," katanya.

Kini Eman menjalani sesi fisioterapi sebanyak dua kali sehari dan sudah mampu menggerakkan badannya serta tidur dengan nenyak.

Dia dijangka menjalani pembedahan tersebut dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Tags / Kata Kunci: Eman Ahmed Abd El Aty

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan