Bintang Man United Pecat Tukang Cuci Hanya Kerana Wang Petrol

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 8:06 AM

Phil Jones dan tunangnya, Kayla Hall. Foto Mail Online

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones mendapat kencaman daripada bekas tukang cucinya yang mendakwa pemain bernilai £20 juta (RM110.65 juta) itu bertindak memecat mereka hanya kerana meminta wang petrol bagi membantu pemain itu berpindah rumah.

Portal Mail Online melaporkan pasangan suami isteri Nigel dan Angela Stubbs meminta wang petrol £300 (RM1,659.74) daripada pemain yang memperoleh bayaran kira-kira £80,000 (RM442,612.76) seminggu.

Wang itu diminta selepas mereka membantu Jones dan tunangnya, Kayla Hall berpindah ke rumah agam baharu bernilai £5 juta (RM27.67 juta).

Pasangan itu berkata, mereka dipecat pada November tahun lalu dengan hanya diberikan notis selama enam jam.

Tindakan Jones itu menyebabkan mereka hilang mata pencarian berikutan pemain itu sebelum ini mengambil mereka bekerja sepenuh masa. - Mail Online


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan