'Dia Hodoh Dan Gemuk'

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 3:49 PM

Cherry dan Ball bahagia bersama walaupun memiliki perbezaan yang ketara. - Gambar ihsan Mirror.uk

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Saiz tidak penting. Itulah yang boleh digambarkan terhadap hubungan sepasang kekasih di Thailand yang berakhir di jenjang pelamin walaupun memiliki perbezaan yang ketara.

Puwadol Kumthai atau dikenali sebagai Ball, memiliki badan seberat 120 kilogram manakala pasangannya, Siripa Boonraksol atau Cherry hanya seberat 44 kilogram.

Menurut laporan portal Mirror.uk, bukan setakat perbezaan berat badan, malah ada netizen mempersoalkan bagaimana Cherry yang memiliki rupa yang cantik boleh tertarik kepada Ball yang jelas menghadapi masalah obesiti.

Menjawab persoalan itu, Cherry yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Mission di Bangkok mengakui, dia sedar suaminya tidak kacak dan gemuk.

"Saya sentiasa bangga dengannya kerana dia memiliki hati yang baik dan itu yang paling penting.

"Dia sangat memahami dan kami sering berkongsi segalanya termasuk perasan sedih dan gembira.

"Ramai orang hairan melihat kami dan menggelar Ball sebagai gemuk, tetapi kami tidak kisah kerana saya cintakan lelaki bukan berdasarkan paras rupanya.

"Kami merancang hidup bekeluarga dan tidak sabar untuk melihat Ball menjadi seorang ayah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Cherry , Ball

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan