Jangan Bentang 'Karpet Merah' Buat Trump - Datuk Bandar London

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan meminta lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Britain agar dibatalkan sebagai membantah tindakan pemimpin paling berkuasa di dunia itu menguatkuasakan larangan perjalanan ke atas tujuh negara Islam.

Menerusi satu wawancara bersama rangkaian televisyen ITV pada Ahad, Sadiq mengulangi pendirian anti-Trump beliau selepas Presiden AS itu mengarahkan larangan kemasukan penduduk Islam dari Iraq, Syria, Yemen, Sudan, Libya dan Somalia ke AS.

Malah Sadiq menyifatkan larangan itu sebagai 'kejam dan memalukan'.

"Saya fikirkan bahawa larangan terhadap rakyat dari tujuh negara Islam menjejaskan program perlindungan pelarian.

"Oleh itu kita tidak patut menyediakan karpet merah buatnya (Trump)," kata Sadiq merujuk kepada lawatan rasmi Trump ke Britain dalam tempoh terdekat.

Perintah larangan Trump bukan sahaja mengundang kemarahan Sadiq, tetapi juga rakyat Britain yang mahu membantah kehadiran Presiden AS itu ke negara ini.

Lebih 1.8 juta rakyat Britain menandatangani petisyen untuk mendesak kerajaan menarik semula jemputan yang diberikan kepada Trump selepas Perdana Menteri Theresa May berkunjung ke Washington pada bulan lalu.

Walaupun larangan Trump disekat oleh Mahkamah Persekutuan AS, tetapi beliau dijangka mengeluarkan arahan baharu untuk memastikan perintahhnya itu dilaksanakan.


Tags / Kata Kunci: Sadiq Khan , Donald Trump

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan