Bekas Perisik Anggap Pembunuh Jong-nam Hanya Amatur

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Bekas ejen perisik wanita Korea Utara, Kim Hyon Hui berpendapat, pembunuh Kim Jong-nam hanya  amatur.

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, itu maut dalam pembunuhan pada Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Setakat ini, polis Malaysia telah menahan seorang lelaki Korea Utara yang disyaki terlibat dalam perancangan pembunuhan tersebut pada Sabtu, selepas penahanan dua suspek wanita serta seorang lelaki lain.

Kim Hyon Hui, yang mengebom pesawat Korean Air pada 1987 selepas menjalani latihan sebagai ejen Korea Utara, memberitahu akhbar Jepun, Mainachi dalam temu bual bertulis bahawa suspek wanita itu dilihat tidak mempunyai sebarang latihan sebagai perisik.

“Saya ragu, mereka seperti tidak pernah menjalani latihan psikologi dan fizikal yang ketat atau berlatih di Korea Utara,” kata Kim Hyon Hui.

Menurut laporan media Malaysia, wanita-wanita itu memberitahu polis bahawa mereka telah diperdaya untuk membuat sesuatu kepada Kim Jong Nam, tanpa mengetahui ia membawa kematian.

“Jika begitu, mereka tentu tidak perlu melarikan diri pada awalnya,” kata Kim Hyon Hui.

Dia turut menekankan, kes tersebut ada kaitan dengan Korea Utara kerana tarikh pembunuhan adalah hampir dengan 16 Februari, iaitu tarikh hari lahir mendiang Kim Jong Il, iaitu bapa kepada Jong Nam dan Jong Un.

Sebelum ini, anak saudara Kim Jong Il iaitu Lee Han Young telah ditembak mati pada 15 Februari 1997.

Lee Han Young yang hidup dalam buangan telah ditembak mati di Korea Selatan oleh dua penyerang yang tidak dapat dijejaki namun dipercayai ejen-ejen Korea Utara.

Kim Hyon Hui dan seorang lagi perisik Korea Utara pernah memasang bom dalam pesawat Korean Air pada 1987, setahun sebelum Korea Selatan menjadi tuan rumah temasya Olimpik. Kesemua 115 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila pesawat itu meletup di udara di ruang udara Teluk Bengal.

Hyon Hui telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Seoul namun mendapat pengampunan presiden pada tahun 1990. Dia mendapat pengecualian itu antara lain atas alasan simpati bahawa dirinya telah dipergunakan sebagai orang suruhan pentadbiran Korea Utara.

Sejak bebas dari penjara, Kim Hyon Hui menjalani kehidupan yang terpencil dari pengetahuan umum.


Tags / Kata Kunci: Jong-nam , KLIA2

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan