Lelaki Harap Huruf 'P' Timpa Kepala Demi Wang - Berita Dunia | mStar

Lelaki Harap Huruf 'P' Timpa Kepala Demi Wang

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 11:09 AM

IMEJ yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan lelaki tidak dikenali berdiri selama empat jam untuk menunggu huruf 'P' menimpa kepalanya. - Ihsan portal Mirror.uk.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki di Britain dipercayai cuba mengambil jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan cara menyaman sebuah pasaraya terkemuka di negara ini.

Lelaki yang tidak dikenali itu, dilihat berdiri selama empat jam dengan berharap huruf besar 'P' daripada tulisan 'Pharmacy' yang ditampal di tepi dinding pasar raya Walmart, jatuh menimpa kepalanya.

Jika perkara itu berlaku, lelaki berkenaan dipercaya mahu menyaman pihak pengurusan pasar raya tersebut, sekali gus meraih keuntungan besar walaupun tindakannya boleh membahayakan nyawa sendiri.

Menerusi gambar yang dikongsi dalam laman media sosial, kelihatan lelaki berbaju biru itu berdiri di tepi dinding manakala huruf 'P' dilihat menunggu masa untuk jatuh.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan tetapi tindakan lelaki berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menyifatkan lelaki itu bijak mengambil kesempatan dan berfikiran seperti ahli perniagaan kerana dapat menjana keuntungan mudah.

Tidak kurang juga ada netizen melabel lelaki berkenaan sebagai kurang cerdik kerana sanggup membahayakan diri semata-mata mahu mendapatkan duit.

Tags / Kata Kunci: Walmart
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan