Miliki Ijazah Paling Banyak Di Dunia Pada Usia 70 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

PADA usia 70 tahun, Luciano Baietti sudah memiliki 15 ijazah sarjana dari pelbagai universiti di seluruh Itali dan bakal memiliki pengiktiran pendidikan yang ke-16 tidak lama lagi.

Pencapaian tersebut sekali gus membuatkan pesara guru besar sekolah itu mencatat rekod dunia Guinness sebagai individu paling banyak memperoleh ijazah universiti.

Memiliki lebih daripada satu ijazah bukanlah perkara biasa tetapi 15 kelulusan tertinggi merupakan pencapaian menakjubkan.

Walaupun menghabiuskan masa seharian di rumah dan taman seperti golongan seusianya, Baietti sanggup menjadi pelajar semula.

Seawal 3 pagi pada setiap hari, Baietti akan berjaga untuk menelaah buku kerana baginya, tabiat itu membuatkan fikirannya sentiasa aktif dan membantu dalam pengajiannya.

"Terima kasih kepada buku kerana membuatkan saya rasa bebas," katanya.

Baietti mencatat rekod dunia buat kali pertama pada 2002 apabila memperoleh ijazah kelapan tetapi usahanya tidak terhenti setakat itu.

Selepas memiliki ijazah dalam pendidikan fizikal, sosiologi, bahasa, undang-undang, falsafah sains politik dan kemahiran pemotoran, Baietti menghabiskan masa selama 15 tahun untuk menambah lagi tujuh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam hidupnya.

Kebanyakannya diperoleh daripada Universiti La Sapienze di Rome, sebuah daripada institusi pengajian tertua di dunia.

Selain itu, Baietti memperoleh pengiktirafan daripada universiti di Turin dan pengajian dalam talian di Naples.

Kini Baietti turut memiliki ijazah dalam strategi ketenteraan dan kriminologi.

"Setiap kali menyambung pengajian, saya akan menganggapnya sebagai cabaran baharu untuk menguji kemampuan fizikal dan mental saya.

"Malah saya yakin masih memiliki kekuatan untuk memiliki satu lagi ijazah iaitu jurusan sains pemakanan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Luciano Baietti

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan