Penasihat Keselamatan Negara AS Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON DC: Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jeneral Michael Flynn telah meletak jawatan berkuatkuasa serta merta ekoran kontroversi hubungan rapatnya dengan Kedutaan Rusia yang boleh menyebabkan kedudukannya dikompromi menerusi tindakan peras ugut pada masa hadapan.

Keputusan kontroversi ini adalah rintangan kedua yang melanda pentadbiran Presiden Donald Trump selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan eksekutif yang ditandatanganinya menghalang kemasukan pelawat atau pelarian dari enam buah negara Islam.

Flynn baru sahaja menyandang jawatan berpengaruh itu 24 hari yang lalu.

Walaupun jawatan penasihat keselamatan negara bukanlah kerusi bertaraf anggota kabinet tetapi ia dilihat berpengaruh memandangkan Amerika Syarikat adalah kuasa militari dunia.

Kontroversi yang melanda Flynn melibatkan tindakan beliau yang membuat beberapa panggilan telefon kepada Duta Besar Rusia ke Amerika jauh sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai presiden dan ini bertentangan dengan protokol diplomatik.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mana Biro Siasatan Persekutuan (FBI) adalah salah satu agensi di bawahnya dilaporkan telah memberi amaran kepada pentadbiran Trump berhubung kontroversi ini sebelum Flynn dilantik sebagai penasihat keselamatan negara.

Bagaimanapun nasihat itu tidak diendahkan.

Bekas jeneral, Keith Kellogg kini dilantik memangku jawatan berkenaan sehingga seorang calon tetap dipilih.

Pada 29 Disember tahun lalu, bekas presiden Barack Obama telah mengumumkan rancangan sekatan ke atas Rusia berhubung dakwaan negara itu telah mengodam sistem pengundian pilihan raya presiden Amerika untuk membantu Trump menewaskan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton.

Pada hari yang sama, Flynn telah didapati bercakap dengan Duta Rusia beberapa kali berhubung isu yang sama.

Beberapa hari selepas Trump mengangkat sumpah sebagai presiden, Pemangku Peguam Negara Amerika, Sally Yates telah memberi taklimat kepada Trump bahawa hasil risikan mendapati Flynn berbincang tentang isu sekatan itu dengan Duta Rusia yang pada pandangannya (Yates) bertentangan dengan aturan protokol diplomatik.

Sebaliknya, pada 30 Januari, Trump memecat Yates kerana enggan mematuhi arahan eksekutifnya supaya perintah sekatan dikenakan ke atas warga dari enam buah negara Islam daripada memasuki Amerika.

Pada 8 Februari, dalam satu temuramah Flynn menafikan dakwaan yang beliau berbincang dengan Duta Rusia jauh sebelum menyandang jawatan sebagai penasihat keselamatan negara.

Pada Isnin, laporan berhubung taklimat Jabatan Kehakiman mengenai Flynn, bocor kepada pihak media yang akhirnya mendorong kepada peletakan jawatan Flynn.


Kini bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Jeneral David Petraeus dan bekas Admiral Tentera Laut, Michelle Howard disebut-sebut sebagai dua calon popular bagi jawatan panas tersebut.
Tags / Kata Kunci: Michael Flynn , AS , Trump

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan