Empangan Tertinggi AS Dikhuatiri Pecah, 200,000 Penduduk Dipindahkan

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 4:28 PM

ALIRAN limpah yang rosak menyebabkan air empangan melimpah di kawasan bukit pada 11 Februari 2017. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

CALIFORNIA: Hampir 200,000 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan empangan paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) diarahkan untuk berpindah selepas satu alur limpah kemudahan tersebut dijangka pecah pada bila-bila masa.

Pihak berkuasa mengeluarkan pemindahan itu kira-kira pukul 1.30 pagi waktu tempatan dan limpahan air Empangan Tasik Oroville di California itu boleh menyebabkan banjir di beberapa kawasan penduduk di sepanjang Sungai Feather.

Antara kawasan yang terlibat dalam proses pemindahan tersebut termasuk  Oroville, Gridley, Live Oak, Marysville, Wheat land, Yuba City, Plumas Lake dan Olivehurst.

"Arahan pemindahan segera di kawasan tanah rendah di Oroville dan kawasan hilir sungai telah dikeluarkan.

"Ini bukan latihan," jelas kenyataan syerif Butte County.

Pusat pemindahan sementara telah disediakan di kawasan lebih selamat di Chico, kira-kira 32 kilometer dari barat laut Oroville, tetapi jalan menuju ke kawasan perlindungan itu sesak teruk ekoran penduduk berpusu-pusu keluar dari zon banjir.

Terdahulu, Jabatan Sumber Air California menerusi laman Facebook berkata, aliran limpan Empangan Tasik Oroville dijangka gagal berfungsi dalam tempoh beberapa jam lagi.

Bagaimanapun setakat ini, aliran limpah itu masih utuh bertahan tetapi pihak berkuasa enggan mengambil sebarang risiko.

Empangan itu yang merupakan bekalan utama air juga memainkan peranan sebagai stesen janakuasa hidroelektrik dan kawalan banjir.

Aliran limpah kecemasan diaktifkan baru-baru ini selepas kapasiti empangan itu tidak mampu menampung jumlah air ekoran hujan lebat sepanjang minggu lalu.

Pada ketinggian 230 meter, empangan itu yang dibina antara tahun 1962 dan 1968, merupakan empangan tertinggi di AS, mengatasi Empangan Hoover dengan beza 12 meter.

Tags / Kata Kunci: Empangan Tasik Oroville

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan