Petani Belajar Undang-Undang Demi Bela Nasib Penduduk

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang petani China sanggup menghabiskan masa 16 tahun untuk belajar perihal undang-undang bagi mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat yang dipercayai mencemarkan tanah pertanian di kampungnya.

Lebih menakjubkan, lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an itu, Wang Elin hanya mempunyai pendidikan setakat darjah tiga, nekad mengambil keputusan untuk mempelajari undang-undang demi membela nasib penduduk kampung.

Menurut laporan portal China's People's Daily, Elin mengambil keputusan itu selepas kampungnya, Yushutun tercemar ekoran pembuangan bahan kimia oleh syarikat gergasi Qihua Group.

Tindakan syarikat itu sekali gus merosakkan tanah pertanian seluas 71 ekar.

Walaupun pada awalnya, Elin cuba melaporkan kejadian pencemaran itu kepada pihak berkuasa, namun dia mendapati bukti kukuh diperlukan untuk menyaman syarikat tersebut.

Kemudian, Elin mengambil keputusan untuk belajar tentang undang-undang menerusi buku yang dipinjam di kedai buku memandangkan dia tidak mampu membeli buku berkenaan.

Dengan bantuan sebuah firma guaman, Elin dan jiran-jirannya mengemukakan saman terhadap syarikat tersebut pada 2007.

Kes itu bagaimanapun tertangguh sehingga 2015 dan keputusan awal memihak kepada Elin dan penduduk kampung itu.

Pada 3 Februari lalu, mahkamah memutuskan syarikat itu bersalah kerana mencemarkan kampung Yushutun tetapi jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada penduduk tidak didedahkan.

Bagaimanapun syarikat Qihua Group sudah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan kes itu dijangka berlarutan untuk tempoh yang lama.

Tags / Kata Kunci: Wang Elin , Qihua Group , Yushutun

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan