Gabenor Jakarta: Lebih 100,000 Solat Jemaah, Mohon Pengundi Pilih Calon Islam

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lebih 100,000 penduduk bandaraya ini berhimpun secara aman dengan masing-masing bersolat dan berdoa beramai-ramai di Masjid Istiqlal memohon pengundi menyokong calon beragama Islam pada pilihan raya gabenor bandar itu, 15 Februari ini.

Jutaan penduduk Jakarta dijangka mengundi Rabu ini untuk melantik gabenor baharu bandar itu.

Penganalisis menganggap pertandingan kali ini sebagai ‘pertarungan proksi’ untuk pilihan raya presiden pada 2019.

"Lebih 100,000 orang dilaporkan hadir tanpa menghiraukan hujan lebat," kata jurucakap polis kebangsaan, Rikwanto.

Orang ramai mula membanjiri masjid itu sejak waktu Subuh untuk menunaikan solat secara berjemaah dan kawalan ketat dilakukan di sekitar masjid itu dengan tentera serta polis bersenjata mengawal keadaan.

Di Jakarta, calon berketurunan Cina dan beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok bakal melawan dua calon Muslim, anak bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Agus Harimurti Yudhoyono, serta bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan.

Ahok menjalani kempennya pada masa sama dia menjalani perbicaraan kerana menghina al-Quran.

Tags / Kata Kunci: Ahok , Gabernor , Masjid Istiqlal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan