Trump Terus Buntu, Gagal Raih Sokongan Mahkamah Rayuan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Usaha Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengembalikan arahan larangan perjalanan ke atas rakyat tujuh negara Islam memasuki negara ini, terus menemukan jalan buntu apabila sebuah mahkamah persekutuan enggan mengiktiraf arahan eksekutif itu.

Berdasarkan keputusan sebulat suara, tiga hakim daripada Mahkamah Rayuan AS Kesembilan di San Francisco pada Khamis, enggan menyekat keputusan sebuah mahkamah rendah yang menggantung arahan Trump tersebut.

Ketiga-tiga hakim berkenaan menyatakan bahawa arahan Trump itu mencetuskan isu diskriminasi agama yang serius.

Pada 4 Februari lalu, Hakim Mahkamah Daerah di Seattle, James Robart, mengeluarkan arahan untuk membekukan larangan perjalanan selepas mendapat bantahan dari negeri Washington dan Minnestoa, sekali gus mengundang kemarahan Trump.

Mengikut keputusan pada Khamis, mahkamah menolak dakwaan pentadbiran Trump bahawa pihak perundangan tidak mempunyai kuasa meneliti arahan eksekutif Presiden.

Sementara itu, Trump dijangka mengemukakan rayuan bagi kes itu ke Mahkamah Agung untuk memastikan larangan perjalanan tersebut dikuatkuasakan semula.

Berdasarkan arahan eksekutif yang dikeluarkan pada 27 Januari lalu, rakyat dari tujuh negara Islam iaitu Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria, Iraq dan Yemen tidak dibenarkan memasuki AS atas alasan keganasan.

Ekoran arahan tersebut, kira-kira 60,000 visa dari negara terbabit dibatalkan tetapi beberapa hari kemudiaan, hampir 50 saman dikemukakan terhadap pentadbiran Trump kerana melanggar hak asasi manusia.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan