Si Cantik 'Penyembelih' Militan Daesh Jadi Buruan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

CONPENHAGEN: Seorang pelajar perempuan Denmark sanggup mengabaikan pengajiannya semata-mata untuk menjadi 'pembunuh' paling digeruni oleh militan Deash.

Joanna Palani, 22, mendakwa membunuh lebih 100 militan Daesh semasa menyertai peperangan di Iraq dan Syria selepas diletakkan sebagai penembak tepat untuk askar negaranya.

Malah Palani juga mendakwa, dia berjaya membebaskan sekumpulan wanita dan kanak-kanak yang dijadikan hambas seks oleh militan Daesh sebelum mengajar mereka untuk menjadi askar dan melawan semula militan tersebut.

Palani merupakan rakyat Denmark berketurunan Kurdis-Iran dan bapa serta datuknya merupakan pejuang Peshmerga.

Dia dilahirkan di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum berpindah ke Copenhagen ketika kanak-kanak dan belajar memegang senjata seawal usia sembilan tahun.

Di sebalik kegemilangannya menentang militan Daesh, Palani berdepan masalah lebih besar apabila pulang ke tanah air.


"Saya sanggup menghabiskan sisa kehidupan dan kebebasan untuk menentang Daesh supaya penduduk Eropah selamat.

"Ini adalah pilihan saya.

"Tetapi saya dianggap sebagai pengganas di negara sendiri.

"Saya tinggal di sebuah daripada negara paling menyeronokkan di dunia tetapi terpaksa berlapar dan menjadi gelandangan serta kesejukan di waktu malam.

"Malah saya tidak percayakan sesiapa," katanya.

Selain masalah diskriminasi yang timbul di negaranya akibat status asal-usulnya, Palani juga menjadi sasaran militan Daesh.

Kumpulan pengganas itu meletakkan ganjaran sebanyak AS$1 juta (RM4.4 juta) jika Palani dibunuh.

Malah kumpulan itu juga mahu menangkap Palani untuk dijadikan sebagai hamba seks atas perjuangannya menentang militan Daesh.

"Kebimbangan saya ditangkap atau dibunuh tidak sehebat perasaan saya menentang mereka (Daesh).

"Saya akan terus membuktikan kepada mereka bahawa saya adalah wanita yang bebas dan ini cara untuk menewaskan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Joanna Palani , Daesh

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan