Derita 'Lelaki Buih' Mula Dapat Perhatian

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di rumah akibat menderita penyakit ganjil yang menyebabkan seluruh badan dan mukanya ditumbui benjolan kecil.

Sudjai dari Bangkran, disahkan menghidap penyakit Neurofibromatosis, penyakit kulit yang jarang berlaku, menyebabkan ketumbuhan seperti buih kecil di seluruh anggota badannya.

Lelaki berusia 69 tahun itu pada hidup dalam keadaan sihat sehingga usia 10 tahun apabila beratus-ratus gelembung mula muncul di badannya.

Hampir enam dekad, bapa keada dua orang anak itu menderita penyakit ganjil tersebut yang 'menelan' mukannya selain mengalami kesukaran untuk membuka mata.

Menurut Sudjai, keluarganya tidak mampu menanggung kos rawatan apabila gelembung itu mula muncul, sekali gus menyebabkan keadaannya semakin buruk.

"Kini seluruh badan saya dipenuhi gelembung tersebut dan saya tidak boleh keluar rumah kerana bimbang rupa saya akan menakutkan orang ramai terutamanya kanak-kanak," katanya.

Walaupun dipenuhi ketumbuhan itu, nyawa Sudjai tidak terancam dan penyakit tersebut tidak berjangkit kepada orang lain.

Doktor Jhinda yang merawat Sudjai berkata, ada masanya penyakit itu tidak memudaratkan nyawa lelaki berkenaan dan dia boleh hidup dengan normal.

"Tetapi disebabkan, ketumbuhan itu mula menutup matanya, keadaan mungkin bertambah sukar," katanya.

Anak perempuan Sudjai yang berusia 36 tahun, dipercayai mewarisi penyakit misteri tersebut tetapi anak lelakinya tidak menunjukkan sebarang petanda penyakit berkenaan dan merupakan satu-satunya sumber pendapatan keluarga itu.

Sudjai menggunakan media sosial meminta bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk merawat anak perempuannya sebelum keadaan semakin buruk.

Tags / Kata Kunci: Sudjai , Lelaki Buih

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan