Mahkamah Kenya Sekat Arahan Tutup Kem Pelarian Terbesar Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 12:12 PM

(Ubah saiz teks)

NAIROBI: Kem pelarian terbesar di dunia di Dadaab, nyaris ditutup selepas kerajaan Kenya mengeluarkan arahan agar operasi kem yang menempatkan lebih 200,000 pelarian itu dihentikan.

Menurut keputusan Mahkamah Tinggi Kenya, arahan kerajaan itu tidak melanggar undang-undang dan tidak mengikut Perlembagaan kerana menafikan hak pelarian yang kebanyakannya penduduk Somalia.

Kem tersebut terletak di sempadan Kenya-Somalia dan menjadi tempat perlindungan pelarian yang mengelakkan perang di Somalia.

Hakim John Mativo yang mengeluarkan keputusan itu, berkata, menteri keselamatan dalam negeri Kenya didapati menyalahguna kuasa untuk mengeluarkan arahan menutup kem tersebut pada Mei tahun lalu.

Jelas Mativo, arahan itu dikeluarkan tanpa rundingan dengan pihak yang akan menerima kesan akibat keputusan tersebut yang ternyata melanggar Perlembagaan Kenya.

"Arahan tersebut tidak wajar dan tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Selain itu, Mativo berkata, arahan menteri tersebut bertentangan dengan hak asasi manusia dan perjanjian antarabangsa yang menetapkan agar pelarian dilindungi daripada menjadi mangsa peperangan.

Malah katanya, kerajaan Kenya gagal membuktikan keadaan di Somalia adalah selamat buat pelarian.

Sebelum ini, kerajaan Kenya merancang menutup kem Dadaab bagi tempoh lebih enam bulan tetapi tindakan itu dikhuatiri akan menjejaskan hubungan antara Kenya dan Somalia.

Kerajaan menafikan dakwaan bahawa nasib pelarian akan terabai jika pelan tersebut diteruskan dan mendakwa telah berunding dengan kerajaan Somalia untuk menyelesaikan isu tersebut.

Pada November lalu, pelan penutupan kem itu ditangguh selama enam bulan selepas negara asing membantah tindakan tersebut yang melanggar nilai kemanusiaan.

Kerajaan Kenya memberi alasan bahawa kem itu menjadi sarang kumpulan militan al-Shabab dan menjejaskan ekonomi negara.

Tags / Kata Kunci: Kem Pelarian Dadaab , Kenya , Somalia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan