Bayi Kaki Empat Selamat Jalani Pembedahan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki dua pasang kaki dan dua kemaluan, selamat menjalani pembedahan membuang lebihan anggota badan tersebut.

Bayi berkenaan yang masih belum dinamakan, disifatkan sebagai 'pemberian Tuhan' oleh ibunya, Lalitamma, 23, apabila wanita itu melahirkan anak keduanya pada 21 Januari lalu di Karnataka, India.

Pada awalnya, Lalitama dan suaminya, Chennabasava, 26, tidak mahu anak mereka menjalani pembedehan berkenaan dan mahu membesarkan dengan kecacatan itu.

Malah pasangan itu memberi alasan keluarga mereka sebagai miskin dan tidak mampu membiayai kos pembedahan yang mahal.

Namun mereka berubah fikiran dan membenarkan bayi berkenaan menjalani pembedahan di Bellari, kira-kira  151 kilometer dari rumah mereka.

Selepas pembedahan itu, bayi tersebut kini memiliki sepasang kaki dan satu organ kemaluan, sekali gus boleh menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keluarga bayi itu menanggung kos pembedahan tersebut atau dibiayai oleh pihak lain.

Tags / Kata Kunci: Bayi Kaki Empat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan