Wanita Selak Baju, Susukan Anak Babi Ketika Temuramah Secara Langsung

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita telah bertindak memberi susu badan kepada seekor anak babi ketika dia sedang ditemuramah secara langsung di televisyen.

Dia sedang ditemuramah oleh seorang wartawan di sebuah ladang di Peru dan disoal mengenai hujan lebat dan banjir serta kesannya ke atas perniagaan tempatan.

Wanita itu, yang sedang memegang seekor anak babi, berhenti seketika daripada menjawab soalan dan mengejutkan orang di sekelilingnya apabila dia tiba-tiba menyelak baju yang dipakainya.

Dia kemudian mengangkat haiwan yang sedang dipegangnya dan memberikan susu badannya.

Disebabkan tindakan wanita berkenaan, kamera yang sedang merakamkan temuramah secara langsung itu terpaksa dihalakan ke arah lain, di mana orang di sekelilingnya turut kelihatan terkejut melihat apa yang berlaku.

Tidak dapat dipastikan mengapa wanita itu memberikan susu badan kepada anak babi tersebut, tetapi ada yang membuat spekulasi bahawa dia telah menunjukkan satu kesimpulan bagaimana cuaca melampau telah menjejaskan pengeluaran makanan.

Sementara itu, wartawan yang bertugas tergamam melihat tindakan pelik wanita itu.

Ia berlaku di San Juan de Lurigancho, di Lima, Peru, dan sedang dirakamkan oleh American televisyen.

Wartawan itu kemudian berjalan jauh daripada wanita berkenaan dan terus membuat laporan cuaca dari sungai berdekatan.

-sumber dailymail.uk

Tags / Kata Kunci: susu badan , anak babi , Peru

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan