Media Sosial Cabaran Baharu Kerajaan Seluruh Dunia

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 2:43 PM

Joko Widodo

(Ubah saiz teks)

AMBON (INDONESIA): Presiden Indonesia Joko Widodo menyifatkan perkembangan media sosial kini merupakan cabaran baharu bagkerajaan di seluruh dunia termasuk Indonesia.

Katanya, walaupun media sosial banyak memberi manfaat kepada semua lapisanmasyarakat daripada rakyat sehingga presiden tetapi terdapat mereka yang menyalahgunakan media sehingga segala berita palsu dan kegiatan negatif begitu mudah dan cepat disebarkan.

"Kita tahu betapa pentingnya media massa bagi pembangunan negara ini. Saat ini, dunia media arus utama menghadapi cabaran besar dengan hadirnya media sosial," katanya ketika merasmikan Hari Pers Nasional di Kota Ambon di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kegiatan penyebaran berita palsu menerusi media sosial merisaukan kerajaan di seluruh dunia dan beliau turut mendengar keluhan mengenainya ketika menemui presiden dan perdana menteri negara lain.

Presiden yang dikenali dengan panggilan Jokowi itu berkata, antara cabaran kerajaan sekarang ialah tidak dapat mengawal kegiatan penyalahgunaan medium ini, menyebabkan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa.

Jokowi berkata semua pihak harus bersatu menghalang kegiatan berita palsuini supaya kegiatan menfitnah dan sebagainya dapat dihentikan.

Beliau bagaimanapun yakin kemunculan media sosial tidak akan menjejaskan akhbar arus utama kerana walaupun media sosial menjadi pilihan utama kerana kecepatan maklumat tetapi media arus utama lebih menonjol dari aspek ketepatan maklumat.

Majlis perasmian Hari Pers itu turut dihadiri delegasi 20 pengamal media dan ketua pengarang dari Malaysia diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Antara anggota delegasi itu ialah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Media Sosial , Cabaran baharu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan