Thailand Bebas Pekerja Migran Tanpa Izin Menjelang 2022

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 10:28 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kerajaan Thailand menjangka negara itu bebas daripada pekerja migran tanpa izin apabila inisiatif untuk mendaftar 1.34 juta pekerja tanpa dokumen selesai menjelang 2022.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Mej Jen Kongcheep Tantravanich berkata pada masa ini ada 2.63 juta pekerja asing di Thailand, dengan 1.29 juta daripada mereka bekerja secara sah dan selebihnya pekerja haram.

"Kami akan akan mendaftarkan semua pekerja migran tanpa izin menjelang 2022," katanya kepada media selepas mesyuarat mengenai pengurusan pekerja asing yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwon di Rumah Kerajaan Rabu.

Beliau berkata daripada sejumlah 1.34 juta pekerja asing tanpa izin di negara itu, 1.2 juta daripada mereka adalah pekerja rencam manakala 146,000 orang lagi bekerja dalam industri perikanan.

Kongcheep berkata, Thailand memerlukan pekerja migran untuk mengisi pekerjaan yang penduduk tempatan enggan mengisinya tetapi kehadiran mereka di negara ini perlu dikawal melalui peraturan dan prosedur yang sempurna.

Beliau berkata negara itu mahu memastikan kebajikan pekerja migran terpelihara. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Thailand , pekerja migran

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan