Pasangan Malaysia Didenda Eksploitasi Pekerja Restoran Di Brisbane

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan Malaysia dan syarikat mereka dikenakan denda lebih AUD$200,000 (RM670,000) kerana mengeksploitasi pekerja warga Malaysia dan Taiwan di tiga restoran Jepun di Brisbane, Australia, menurut laporan SBS.com.

Menurut laporan itu, Lee Wee Song dan Siew Lay Yeoh, yang masing-masing didenda AUD$40,500 (RM137,300) dan AUD$32,400 (RM109,800) didapati membayar rendah gaji lima pekerjanya yang memegang visa pekerja dan berkhidmat di restoran Teppanyaki Lovers dan Nigi Nigi di Brisbane serta restoran Ku-O di pinggir bandar Sunnybank.

Syarikat mereka, Tsuyoetsu Pty Ltd dan Taikuken Pty Ltd, masing-masing telah didenda sebanyak AUD$99,000 (RM335,600) dan AUD$29,200 (RM99,000).

Menurut laporan itu, lima pekerja terbabit, yang turut mempunyai visa pelajar dan visa bridging telah dibayar serendah $10 setiap jam.

Gaji minimum di Australia adalah AUD$17.70 sejam. Bagaimanapun, tidak diketahui berapa ramai pekerja rakyat Malaysia yang terlibat.

Mereka dibayar dengan gaji rendah antara AUD$13,880 (RM47,000) ke AUD$45,182 (RM153,200) setiap seorang, berjumlah AUD$148,710 di antara November 2011 dan Oktober 2014.

Laporan itu menyatakan, Hakim Salvatore Vasta, yang menjatuhkan denda di Mahkamah Sirkit Persekutuan pada Isnin, berkata tindakan kedua-dua tertuduh yang telah mengeksploitasi pekerja dari latar belakang budaya yang hampir sama amat membimbangkan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan