Bengang Dengan Anak, Ibu Bapa Paksa 'Rollercoaster' Berhenti

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sepasang suami isteri dalam keadaan marah telah memaksa pengendali sebuah taman tema di China supaya menghentikan perjalanan sebuah rollercoaster selepas mendapati anak perempuan mereka menyelinap masuk dan bermain permainan itu tanpa kebenaran mereka.

Berpuluh-puluh orang telah terkandas di tempat duduk mereka pada petang Isnin apabila rollercoaster yang dinaiki mereka di Queershan Park, di Liuzhou, wilayah Guangxi Zhuang, terhenti, lapor berita portal 163.com.

Ramai yang menganggap gangguan itu disebabkan oleh kerosakan, tetapi pegawai-pegawai mengakui bahawa operasinya telah dihentikan oleh pasangan suami isteri yang marahkan anak gadisnya yang berusia 14 tahun.

Pasangan itu telah masuk ke pusat kawalan operasi dan meminta supaya rollercoaster itu dihentikan segera supaya anak perempuan mereka dibawa pulang, kata laporan itu.

Mereka memberitahu kakitangan di situ tentang kebimbangan mereka apabila mendapati remaja itu telah menyelinap masuk untuk bermain rollercoaster.

Semua penumpang selamat dan ia mula beroperasi seperti biasa selepas kira-kira 20 minit.

Laporan itu tidak menyebut sama ada pasangan itu akan dikenakan sebarang hukuman. - South China Morning Post
Tags / Kata Kunci: rollercoaster , Queershan Park

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan