Lelaki Ditahan Ketika Cuba Bakar Diri Di Kaabah

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Seorang lelaki ditahan kerana cuba membakar dirinya menggunakan petrol berdekatan Kaabah di Masjidil Haram pada lewat Isnin.

"Berdasarkan tindakannya itu, kami percaya dia menghidap sakit mental," kata polis di masjid berkenaan.

Menurut polis lagi, lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 40an.

Klip video tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dibawa anggota keselamatan yang menjalankan rondaan di sekitar Kaabah ketika jemaah sedang menjalani ibadah.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan visual berkenaan. - Reuters


Tags / Kata Kunci: Kaabah , Masjidil Haram

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan