23 Maut Nahas Trak Tembikai, Bas Sekolah Bertembung

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

TEGUCIGALPA: Sekurang-kurangnya 23 maut apabila sebuah trak yang sarat muatan tembikai terbabas dan bertembung dengan bas di laluan bertentangan.

Kejadian di luar ibu negara Honduras, di sini itu juga mengakibatkan 34 yang lain cedera.

Kemalangan berlaku pada lewat Ahad apabila trak berkenaan dilaporkan hilang kawalan.

Ketua Perkhidmatan Trafik, Komisioner Leonal Sauceda berkata, trak berkenaan bertembung dengan bas dan merempuh tembok.

Pemandu trak ditahan sementara menunggu siasatan bagi menentukan sama ada dia memandu dengan kelajuan tidak selamat. -AFP.


Tags / Kata Kunci: Honduras , tembikar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan