10 Alasan Paling Mengarut Di Britain

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 4:42 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

HAMPIR setiap hari pasti ada pekerja yang akan mengambil cuti kecemasan dengan memberikan pelbagai alasan yang munasabah atau tidak.

Bagi kumpulan pakar perundangan majikan, ELAS yang beribu pejabat di Manchester, sejumlah alasan 'bodoh' berjaya dikumpulkan sepanjang tahun lalu di Britain berdasarkan maklumat yang diberikan majikan tentang pekerja mereka.

Senarai alasan tersebut disiarkan pada Selasa sempena sambutan Hari Sakit Sedunia untuk menunjukkan alasan paling teruk diberikan pekerja kepada majikan masing-masing.

Malah laporan itu menjangkakan seramai 350,000 akan mengambil cuti kecemasan pada tahun ini.

Berikut adalah 10 senarai alasan paling teruk dicatatkan pada tahun lalu:

1. Hari ini hari jadi anjing saya dan perlu mengadakan parti buatnya.

2. Kawan saya sedang bercuti, jadi saya tidak boleh menumpang ke tempat kerja.

3. Saya ditahan polis.

4. Saya kehilangan peralatan keselamatan diri.

5. Saya terlalu mabuk untuk memandu.

6. Satu-satunya seluar kerja saya masih dibasuh

7. Saya berparti sehingga lewat malam dan belum tidur lagi.

8. Anjing makan kasut saya

9. Isteri saya bergaji lebih tinggi dan saya perlu menjaga anak-anak

10. Saya tidak mempunyai jalan ke tempat kerja

Tags / Kata Kunci: ELAS , Kecemasan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan