Ubat Baharu Rawat Kanser Ditemukan

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pesakit kanser yang dijangka mampu hidup selama 18 bulan lagi, disahkan bebas daripada penyakit maut itu selepas mengambil ubat baharu yang masih dalam peringkat percubaan.

Bob Berry merupakan seorang daripada 12 individu di dunia ini yang menyertai sesi ujian ubat itu dan kesan rawatan tersebut disifatkan sebagai menakjubkan oleh doktor.

Ubat berkenaan bagaimanapun masih belum dinamakan buat masa ini.

Pesakit berusia 60 tahun itu disahkan menghidap sakit kanser paru-paru pada tiga tahun lalu selepas mengalami sakit bahu dan dijangka hidup 18 bulan lagi ekoran kegagalan rawatan radioterapi.

Kemudian, Berry diletakkan dalam program percubaan ubat baharu di Yayasan NHS Christie di Manchester, sekali gus menjadi antara manusia pertama yang diberikan ubat tersebut.

Ujian itu merupakan kali pertama melibatkan gambungan dengan rawatan imuniterapi, kaedah yang digunakan untuk melawan kanser.

Doktor yang merawat Berry, Matthew Krebs berkata, perkembangan yang ditunjukkan pesakit itu sangat menakjubkan.

"Hasil pemeriksaan baru-baru ini menunjukkan tiada sel kanser dikesan dalam tubuhnya.

"Kita akan terus memantau rapi perkembangan kesihatan Berry," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kanser , Bob Berry

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan