AS Ada Ramai Pembunuh - Trump

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tanpa berselindung mengatakan negaranya mempunyai 'ramai pembunuh' ketika mempertahankan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin.

Dalam satu wawancara bersama rangkaian televisyen Fox News, pengacara program, Bill O'Reilly bertanyakan soalan sama ada Trump menghormati Putin.

"Saya hormat terhadap beliau. Saya hormat kepada ramai orang tetapi ia tidak bermakna saya sentiasa bersama mereka.

"Beliau merupakan pemimpin bagi negaranya dan lebih baik berdampingan dengan Rusia," katanya.

Trump berkata, jika Rusia menghulurkan bantuan dalam memerangni militan Daesh dan kumpulan pengganas Islam di seluruh dunia, maka perkara itu adalah bagus.

Namun apabila O'Reilly melabel Putin sebagai 'pembunuh', Trump membalas;

"Terdapat ramai pembunuh.

"Kita (AS) juga memiliki ramai pembunuh. Apa yang anda fikirkan? Negara kita tidak bersalah?" katanya.

Ketika berkempen, Trump menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Rusia dan berulang kali memuji corak pemerintahan Putin.

Tindakan Trump itu ternyata kurang disenangi rata-rata rakyat AS yang melihat Rusia sebagai musuh nombor satu negara itu sejak tamatnya Perang Dunia Kedua.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Vladimir Putin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan